Baru-baru ni aku sekeluarga berpeluang bercuti ke Disneyland Hong Kong. Untuk panduan semua, aku kongsi serba sikit pengalaman aku di sana supaya boleh dijadikan rujukan bagi sesiapa yang merancang nak ke sana.
 |
| AK 1656 ke Hong Kong dari LCCT |
Aku punya flight ke Hong Kong adalah yang paling awal. Biasalah kan, naik AirAsia sebabnya adalah kerana ianya sesuai untuk golongan rakyat berpoket saiz macam aku ni. Kalau tak silap aku, setiap hari AA menyediakan 3 penerbangan langsung ke sana. Paling awal adalah flight AK1656 yang berlepas jam 7.10 pagi. Kitorg pukul 4.00 pagi dah keluar dari rumah sebab katanya perlu berada awal bagi mengelakkan kesesakan dan masalah luar jangka. Mujurlah di LCCT ada menyediakan parkir untuk tempoh panjang yang caj seharinya RM16 saja. So weols bawa kereta je la parking di sana. Kalau naik teksi pukul 4.00 pagi dari Seremban, mau kena caj sampai RM120 per trip. Kira trip aku ke Hong Kong untuk 3 hari 2 malam hanya menyebabkan aku membayar parkir dalam RM49 sahaja. Jauh beza tu kan kalau dibandingkan dengan tambang teksi!
 |
| Kota metropolitan Hong kong dari udara |
Penerbangan ke Hong Kong hanya memakan masa dalam 4 jam sahaja. Kira ok la kan, tak sempat kematu pun butt uols. Yang bagusnya, waktu tempatan di Hong Kong sama saja dengan waktu di Kuala Lumpur. Tak payah nak adjust timing jam korang. Paling penting bila pergi obese ni, sampai je terus beli pre-paid line diorang. Ini bukan saja akan memberi banyak penjimatan kepada korang tetapi akan memberikan korang ketenangan juga bila balik Malaysia nanti bila tengok bill handphone kena beribu riban akibat roaming. Kos starter pack pre-paid yang aku beli tu adalah HK288. Ia merangkumi unlimited data plan selama sebulan dan caj panggilan sebanyak HK288 juga. So sekurang-kurangnya selama 3 hari tu boleh la layan FB, Twitter dll tu. Beli satu jer, pastu on hotspot la kan untuk device lain tu. Kadar tukaran pada masa aku pergi Hong Kong adalah HK100 - RM38.80.
 |
| International Airport Hong Kong |
Untuk ke Disneyland Hong Kong korang boleh memilih untuk menaiki teksi, bas atau MTR (kira LRT cam kita ni la). Kalo korang pilih untuk naik teksi, adalah lebih baik memilih perkhidmatan teksi Lantau Taxi Service. Teksi diorang berwarna biru. Ini adalah kerana Disneyland Hong Kong berada dalam pulau Lantau, iaitu salah satu dari gugusan pulau di Hong Kong. Boleh juga menggunakan perkhidmatan teksi berwarna hijau atau merah, tapi ada caj tambahan kut. Tambang teksi dari airport ke Disneyland sekitar HK120. So berdasarkan kadar pertukaran kat atas tu korang convert la ek...
 |
| Teksi Biru - siap bermeter tuan/puan so usah gusar |
Perjalanan dari airport ke Disneyland tak la lama sangat. Rasanya dalam 30 minit saja. Perjalanan juga lancar tanpa sebarang kesesakan. Kira pelik gak la, xde banyak kereta atas jalan.
 |
| Lengang jalan tu |
 |
| Penginapan bagi yang berpoket lebat |
Di Disneyland Hong Kong terdapat 2 buah hotel. Sesapa yang poket dia penuh
berisi boleh menginap di Hong Kong Disneyland Hotel (HDH). Bagi yang
poket kurang berisi boleh memilih Disney's Hollywood Hotel (DHH). Kadar
bilik semalam mengikut jenis bilik sama ada nak ngadap laut ke, taman
ke, siap ngan balcony ke dan lain-lain. Ada 6 jenis kategori bilik di sini. Kadar semalaman juga mengikut
season sama ada value rate, regular, peak atau holiday. Di HDH kadar
semalam paling murah adalah HK2,300 semalam dan paling tinggi HK7,500
semalam.
 |
| Penginapan bagi yang kurang lebat |
Di DHH pula kadar semalam paling murah adalah HK1,650 semalam dan paling mahal HK2,700. Di sini cuma ada 3 jenis bilik iaitu sea view, garden view dan park view. Rate bergantung pada season juga la. Di sini aku menginap di bilik family suite yang sea view. Nak ngadap laut sebab bila bangun pepagi rasa segar sikit.
 |
| Pintu gerbang ke Disneyland Resort and Hotels |
Ketibaan anda ke Disneyland akan disambut dengan pemandangan pokok bungaan dan palma di sepanjang jalan dan melalui pintu gerbang utama. Aku dah bagi tahu pada driver teksi yang aku menginap di DHH, tapi mungkin bahasa malayish aku ni tak sama ngan bahasa Hongish agaknya, si driver tu bawa ke HDH. Dia ingat aku jutawan Malaysia kut. Masa check in nama memang ada dalam sistem tapi bukan di HDH. Bagus kan, nama ada dalam satu sistem yang sama walaupun menginap dalam hotel yang berbeza. Mujurlah jarak HDH ngan DHH berdekatan sahaja. Dan paling menariknya dalam Disneyland Resort and Hotels menyediakan kemudahan shuttle bus untuk kemudahan pengunjung. Memandangkan perut dah lapar sangat. Tengahari tu kitorang makan kat the Walt's Cafe. Nanti aku akan ceritakan part makanan kat paragraf di bawah.
 |
| Hong Kong Disneyland Hotel yang sangat ekslusif.. |
 |
| Laluan HDH berkilau-kilau |
 |
| Tandas pun macam bilik tidur berkilaunya |
 |
| Design ala colonial era Victoria |
| |
| Ada Mickey Maze untuk pengunjung mencuba cari jalan keluar dan ianya mengadap laut |
Selesai makan tengahari, kitorang terus DHH hotel penginapan sebenar, check in dahulu. Kitorang amik bilik family suite yang mengadap laut. Harga dia korang tengok
sini lah. Bilik tu mempunyai 2 katil queen size dan dilengkapi dengan kemudahan yang lainnya macam mini bar, almari, bilik mandi dengan bathtub dan shower, televisyen dan port internet. Tetapi memandangkan bilik hanya akan ready dalam pukul 3.00 petang, kitorang putuskan untuk simpan dahulu luggage kat storage hotel dan terus ke theme park je. Anak-anak dah tak sabar nak main permainan di sana (ke.. mak bapak yang tak sabar sebenarnya.. hihihi) Topik theme park akan di ceritakan pada paragraf di bawah.
 |
| Disney's Hollywood Hotel |
 |
| Pemandangan DHH di waktu malam |
 |
| Bilik penginapan kitorang kategori Sea View yang selesa untuk satu keluarga anak 2 orang |
 |
| Katil queen size dengan kepala katil berukir watak Mickey |
 |
| Berlakun macam kat negara beriklim sejuk kunun |
 |
| Pemandangan malam di DHH |
 |
| Kedai cenderahati terdapat di kedua-dua hotel penginapan HDH dan DHH |
Tadi masa di paragraf awal aku ada cerita pasal makan kan? so di paragraf ini aku bercerita pasal makanan halal yang boleh didapati di Disneyland Resort and Hotels Hong Kong. Macam aku cerita masa di atas tadi, kitorang telah tersalah dihantar oleh pemandu teksi ke HDH. Memandangkan dah jam 2.30 petang, perut pun dah lapar, weouls pun cari la cafe yang ada di HDH tu. Mujur pelayan hotel yang peramah bertanya dan mungkin juga beliau tau yang kami ni kelaparan agaknya, terus mencadangkan kami ke Walt's Cafe. Beliau seperti tahu kami ini keluarga muslim (memang la dia tahu sebab bini aku pakai tudung kan... ceh!), terus bagi tahu kitorang yang Walt's Cafe ada menyediakan makanan halal. Beliau terus bagi tahu pada pramusaji di Walt's Cafe tu keadaan kitorang yang memerlukan makanan dan peralatan halal dan suci.
 |
| Restoran the Walt's Cafe ada menyediakan makanan halal |
 |
| 3 pilihan menu halal di the Walt's Cafe |
Di Walt' Cafe, terdapat 3 pilihan makanan halal. Pilih la sama ada nak Penang Fish Curry, Malaysian Korma Chicken atau Thai Chicken Curry. Bangga kan, 2 dari 3 makanan tersebut adalah menu Malaysia. hihihi. Makanan di sini disediakan secara berasingan dengan menggunakan dapur dan peralatan berasingan, tukang masak muslim malahan peralatan set meja makan juga diasingkan serta menggunakan cawan/sudu pakai buang. Tahap kesucian dan halal di semua premis menyediakan makanan di Disneyland Hong Kong dipantau oleh
The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong.
 |
| Pastry berwajah Mickey Mouse |
 |
| Cold Salad |
Korang pun tak payah risau. Di dalam taman tema Disneyland juga terdapat 2 tempat pilihan makan yang menyediakan masakan halal. Tempat pilihan makanan halal yang pertama adalah di dalam kawasan Mystic Point yang dikenali dengan Explorer's Club Restaurant. Di sini terdapat 4 gerai yang menyediakan masakan berkonsep makanan dunia. Gerai-gerai tersebut adalah Gerai Morocco & Egypt, China, Russian dan India. Mereka menyediakan bermacam-macam masakan dan yang paling pentingnya halal. Ada masakan korea, indonesia, china, india dan lain-lain di sini. Selain itu,bila korang sampai di area Adventureland, di situ juga terdapat sebuah tempat makan halal yang bernama Tahitian Terrace. Di Tahitian Terrace ini terdapat 3 pilihan masakan iaitu India, South East Asia dan China. Di sini ada 2 masakan Malaysia iaitu nasi ayam dan penang fish curry. Tahitian Terrace ni berkonsep carribean dan ala-ala bawah pokok.
 |
| Sedap sangat la tu |
 |
| Telur setengah masak yang mengoncang iman |
 |
| Sarapan yang kiut |
 |
| Macam kacang pool kan.. |
 |
| Di Enchanted Garden kita berpeluang bergambar dengan watak siri kartun Disney |
Di hotel penginapan, sama ada di HDH atau DHH terdapat restauran makan atau coffee house atau lounge. Cuma di sini makanan nye disajikan secara bersekali antara halal dan haram. Jadi terletak pada pilihan korang la nak pilih makanan yang bagaimana. Pilihan yang sesuai bagi aku, kalau di HDH adalah di Enchanted Garden dan kalau di DHH adalah di Chef Mickey Restaurant. Kedua-dua restauran ini menyediakan makanan yang kurang meragukan dan disediakan secara terbuka dan berasingan antara masakan berasaskan babi serta makanan lain. Pilihan sarapan yang terbaik adalah pastry, cold salad, cereal dan juices. Terdapat juga di kedua2 restoran tersebut masakan asia tenggara seperti capati, nasi goreng dan roti canai.
 |
| Caj masuk taman tema untuk dewasa sehari HK450 |
 |
| Perarakan Flight of Fantasy |
Kadar harga bagi memasuki taman tema Disneyland Hong Kong adalah sebanyak HK450 sehari atau HK585 bagi dua hari untuk dewasa. Manakala bagi kanak-kanak HK320 sehari atau HK415 bagi dua hari. Warga emas pula HK100 sehari atau HK170 untuk 2 hari. Dengan sekali bayar tersebut korang boleh menikmati kesemua permainan yang terdapat dalam taman tema Disney Hong Kong yang dibahagikan kepada 7 kawasan mengikut konsep masing-masing iaitu Mystic Point, Adventureland, Toy Story Land, Gizzly Gulch, Tomorrowland, Fantasyland dan USA Main Street. Nasihat aku, baik beli tiket untuk 2 hari sebab besar dan harga lebih jimat.
 |
| Pancaragam perarakan Flight of Fantasy |
 |
| Tarian dalam Flight of Fantasy |
 |
| Slinky Dog Spin |
Bagi keluarga yang bawa anak kecil, terdapat banyak permainan yang anda boleh bermain bersama. Misalnya di Toy Story Land, korang boleh main Slinky Dog Spin, Toy Soldier Parachute Drop, Toy Soldier Boot Camp, Barrel of Fun dan Cubot. Cuma kalau korang berani, try naik RC Racer. Yang ni hanya dewasa dan kanak-kanak yang ketinggian melebih 120cm.
 |
| Toy Soldier Parachute Drop. |
Tarikan terbaru di Disneyland Hong Kong adalah Mystic Manor. Memang menarik kerana kita dibawa ke alam mystic dalam bentuk 4D. Sampai sekarang anak aku masih bercerita pasal meriam yang meletup betul-betul depan muka dia. Letupan itu menghasilkan bunyi yang real dan terasa wave letupan mengenai muka. Mystic manor ini terletak di dalam kawasan Mystic Point. Selain Mystic Manor, di Mystic Point ini juga ada permainan lain seperti Garden of Wonder dan Mystic Point Freight Depot. Di sebelah Mystic Manor tu la terdapatnya Explorer's Club Restaurant yang menyediakan masakan halal.
 |
| Patung yang memuntahan lava gunung di dalam Mystic Manor |
 |
| Bandar Grizzly Gulch |
Bagi yang nak merasa pengalaman era Wild West di jaman koboi boleh la ke Grizzly Gulch. Kat sini terdapat permainan seperti Runaway Mine Cars yang cukup mengancam. Korang juga boleh menyaksikan persembahan Welcome Wagon Show dan bergambar bersama friend of wild west serta sekitar Grizzly Gulch.
 |
| Buaya ditebing sungai semasa menaiki river cruise |
Bagi yang meminati pengalaman adventure dan bersafari, korang patut pergi ke Adventureland. Di sini terdapat Jungle River Cruise, Festival of the Lion King, Tarzan's Treehouse, Jungle Puppet Carnival, Jungle Drumming dan Liki Tikis. Di sini juga terletaknya satu lagi tempat makan halal iaitu Tahitian Terrace.
 |
| Badak air |
Bila korang sampai di kawasan Fantasyland, korang wajib menyaksikan persembahan teater ala broadway yang dipanggil The Golden Mickey. Memang menarik persembahannya dan korang boleh meyaksikan lakun semula watak-watak filem animasi Disney seperti Little Mermaid, Tarzan, Beauty and the beast, Toy Story dan macam-macam lagi. Disini juga korang wajib masuk permainan the Many Adventure of Winnie the Pooh. Anak korang sure suka gile. Selain itu, perkara lain yang boleh dibuat adalah melawat sleeping beauty castle, court of miracle show, cinderella carousel, snow white grotto, try cabut sword in the stone, fantasyland train, dumbo the flying elephant, Mad hatter tea cups, fantasy garden Mickey's Philharmagic dan it's a small world.
 |
| Persembahan Little Mermaid |
 |
| Drama tari Beauty and the Beast |
 |
| Penutup Drama Tari the Golden Mickey |
 |
| Muka kepenatan |
 |
| Suasana tempat tempahan makan halal di dalam Explorer's Club Restaurant |
 |
| Korang ada berani minum air bercahaya gini |
Pada sebelah malamnya, korang boleh melihat persembahan bunga api yang diadakan diatas ruang angkasa istana Sleeping Beauty. Sungguh cantik dan meriah. Sure korang bertanya, ada ke tempat solat dalam Disneyland tu. Jawapan nya aku tak pasti pula. Tetapi usah gusar tuan/puan. Anda boleh keluar dari taman tema tersebut dan pastikan tangan anda dicop kerana nanti bila anda masuk semula just tunjuk je cop tersebut. Lagi pun jarak taman tema dengan hotel penginapan agak dekat dan kemudahan shuttle bus disediakan percuma untuk korang berulang alik ke hotel dan taman tema. So korang boleh bersolat di bilik penginapan sahaja. Juga terdapat bilik pelbagai guna di belakang Tahitian Terrace yang korang boleh guna untuk solat.
 |
| Persembahan bunga api dan lampu di istana sleeping beauty. |
 |
| Space mountain |
 |
| Istana Sleeping Beauty |
 |
| Tahitian Terrace, restoran halal |
 |
| Logo halal jelas terpampang |
 |
| Nasi ayam Malaysia |
 |
| Suasana santai di Tahitian Terrace |
 |
| Terdapat hentian shuttle bus di 3 lokasi utama |
Seperti mana aku bagi tahu sebelum ini, terdapat perkhidmatan shuttle bus di dalam kawasan Disneyland Resorts and Hotel. Bus ini akan sentiasa berpusing sekitar resort setiap 5 minit sekali yang melibatkan 3 hentian iaitu hentian di hotel HDH, DHH dan main Disneyland Station. Hentian main Disneyland Station ini merupakan hentian sepusat dimana korang boleh menaiki semua jenis pegangkutan awam seperti bas, teksi dan train.
 |
| Jadual perjalanan shuttle bus |
Korang sure tahu yang Hong Kong selalu dilanda Typhoon. Korang tak perlu risau. Telefon di bilik hotel korang akan sentiasa memberikan informasi terkini tentang keadaan cuaca, suhu semasa dan ramalan hari mendatang, humidity dan pilihan cerita yang boleh dipilih untuk diperdengarkan as ur bed time story.
 |
| Pelbagai info dipaparkan pada screen telefon |
Hari terakhir di Hong Kong, aku sekeluarga plan untuk ke airport menggunakan perkhidmatan Mickey Train dan MTR. Di Disneyland turut mempunyai perkhidmatan train mereka tersendiri. Korang hanya perlu menaiki shuttle bus dari Hotel ke Disneyland Resort Station. Dari sana terus ke counter tiket Mickey Train. Perjalanan menaiki train perlu kepada bertukar train untuk ke airport. Memula naik Mickey Train ke Sunny Bay. Kemudian tukar train di Sunny Bay dan bertukar untuk ke station Tsing Yi. Sekali lagi di Tsing Yi bertukar train untuk ke airport.
 |
| Pusat sehenti pengangkutan awam |
 |
| Track perjalanan |
 |
| Peta perkhidmatan train seluruh Hong Kong |
 |
| Platform menunggu |
Antara yang menarik perhatian di Hong Kong adalah tahap kebersihan mereka yang cukup tinggi. Susah nya nak tengok sampah bersepah. Kita juga boleh melihat anak muda yang tidak segan silu berkerja mengangkutan sampah dan sebagainya. Semua diurus oleh bangsa mereka sendiri. Ini mungkin disebabkan nilai gaji minimum mereka HK30 sejam!
 |
| Train Mickey yang comel |
 |
| Anak sapo la tu |
 |
| Selamat tinggal Hong Kong |
Kitorang pulang ke tanahair dengan flight AK1655 yang berlepas jam 9.15pm dari Hong Kong International Airport. Sampai LCCT kurang lebih jam 1.15am. Kat kul 3.00am gak baru sampai rumah. Semua tertido dalam kepenatan dengan senyuman indah terukir dari pengalaman 3 hari 2 malam di Disneyland Hong Kong.